Royal King Suite
Maharaja dalam bahasa India kuno bermaksud "Raja Besar". Royal Suite kami adalah bilik yang sesuai dengan sang raja. Sangat luas, bilik ini mempunyai dua bilik dan meliputi kawasan seluas 1400 kaki persegi menjadikannya sangat sesuai bagi keluarga yang ingin tinggal bersama. Perabot bilik ini direka dengan baik serta berkualiti tinggi dan dihiasi barangan terbaik yang diimport dari pelbagai negara. Kamar tidur yang direka khas, berasal dari Era Majapahit pasti akan membuatkan tidur anda lebih baik. Bilik ini mempunyai katil bersaiz king dan tiga katil single, juga mempunyai pemandangan indah Laut Andaman. Dari balkoni, anda boleh melihat dengan jelas sinaran matahari sewaktu ia terbit pada hari yang baru, serta langit yang berwarna kejingaan yang cantik. Pemandangan ini pula diiringi dengan alunan ombak yang pasti membuatkan sebuah pengalaman yang indah dan menggembirakan.
RM980 ⎮ Pemandangan laut ⎮ 5 orang ⎮ Sarapan percuma