Family Villa

Untuk keluarga besar yang bercuti dan mahu setiap ahli bersatu, bilik keluarga Deluxe adalah paling sesuai untuk mereka. Ia terdiri daripada dua bilik dengan ruang tamu yang besar. Bilik ini dilengkapi katil bersaiz king dan single di dalamnya, boleh memuatkan sehingga 9 ahli keluarga dan katil tambahan boleh di pasang atas permintaan. Terdapat juga dua bilik mandi yang memudahkan tetamu. Bilik ini dihiasi dengan indah dengan artifak Bali dan sangat bersahaja. Bilik ini dilengkapi dengan wifi percuma, TV skrin rata, peti sejuk, penyaman udara, pemanas air, bilik mandi bersambung dan perabot ruang tamu. Harga bilik juga munasabah apabila dibahagikan dengan 9 orang.

RM650 ⎮ Termasuk pemandangan laut untuk RM750 ⎮ 10 orang ⎮ Sarapan percuma