Superior Seafront Suite
Bilik ini adalah definisi terbaik mengenai pengalaman tinggal di 'pinggir laut'. Terletak di hadapan Laut Andaman, anda tidak boleh lebih dekat dengan gelombang air laut tanpa benar-benar berada di atas lautan.
Amati bunyi ombak yang menjalar di depan pintu anda, bernafas sambil menghirup aroma lautan, mengagumi kecantikan refleksi bulan yang berkilauan di atas laut, dan bangun pagi menghadap matahari terbit yang menakjubkan. Apabila air lautan pasang, lempar pancing keluar tingkap anda untuk keseronokan memancing.
Tetapi perlu diingatkan, bilik-bilik pinggir laut ini di hargakan RM 250 / malam dengan alasan sekali-sekala, apabila terdapat air pasang yang melampau, air laut boleh memasuki bilik! (ini jarang berlaku, tetapi ia masih boleh berlaku!); apabila menginap di sini berdekatan dengan lautan, Laut Andaman itu berupaya membuat seseorang itu boleh dikejutkan dari tidur dengan air laut. Kadang-kadang, tetamu juga melihat air di dalam mangkuk tandas bergerak seiring dengan ombak besar!
Bagi sesetengah pihak, faktor-faktor ini adalah kemunduran utama. Tetapi bagi pencari keseronokan dan pencinta alam, ia boleh menjadi suatu pengalaman istimewa, dan yang menarik yang tidak dapat dilupakan!
Sebagai salah satu bilik kami yang lebih jauh dari blok utama, bilik ini sempurna bagi mereka yang mencari kedamaian dan ketenangan tetapi masih mencari kecabaran.
Sekiranya anda mahu mencari ketenangan dengan bajet, juga terbuka untuk potensi pengembaraan, bilik pinggir laut yang unggul kami adalah sesuai untuk anda.
Hubungi kami untuk jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bilik-bilik khas ini.
RM250 ⎮ Pemandangan laut ⎮ 2 orang