top of page

3 Kolam Unik yang Dibuat Tangan

The Lost Paradise mempunyai dua kolam infiniti eksotik, kedua-duanya unik dengan cara yang tersendiri, kedua-duanya menghadap ke Laut Andaman, kedua-duanya menjadi kegemaran ramai pengunjung.

 

Di samping itu, kolam renang kanak-kanak yang direka dengan indah membolehkan semua peringkat usia mengalami keindahan seperti di Bali.   

Swimming pools

Kolam Batu Gunung Berapi 

 

Kolam infiniti ini mempunyai kecantikan yang tersendiri. Dibuat dari batu gunung berapi yang diimport dari Bali, biarkan stres anda keluar dari badan dan minda, lalu meresap ke dalam batu-batu ini.

Perhatikan sifat tersendiri batu gunung berapi; abu kelabu apabila kering, jubin bertukar menjadi hitam pekat apabila bersentuhan dengan air.

Kolam ini secara literal kolam semula jadi; dikelilingi oleh pokok kelapa dan pokok palma, pokok pisang, bunga frangipani, ini adalah surga bagi pencari ketenangan.

Kolam Maghribi 

 

Kolam infiniti yang direka unik ini terdiri daripada jubin yang diterbangkan dari Maghribi. Dikelilingi oleh pelbagai tumbuhan dan bunga tropika yang rimbun, sukar untuk menahan berenang di kolam ini yang menghadap ke laut.

Apabila disinari cahaya matahari petang, lihatlah bagaimana jubin Morrocon yang seakan hidup, kristal reflektif yang memancarkan sinar cahaya menerangi air kolamyang jernih. Efek seakan kaleidoskop ini memberi pengalaman berenang yang mempesonakan.

Kolam renang kanak-kanak

Biarkan anak-anak anda bergembira dalam kolam berwarna pastel ini.

Kemudahan untuk menampung acara anda 

Taman Terapung 

Taman terapung kami yang dibina atas laut menghadap laut, merupakan tempat yang sesuai untuk barbeku petang untuk makan malam, atau melangsungkan perkahwinan yang menakjubkan atau acara syarikat. Kawasan terapung ini, boleh menampung sehingga 400 orang. Pengunjung boleh mengagumi pintu 'Gebyok' buatan tangan yang diimport dari Jawa Timur yang mengelilingi taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan pokok yang subur. Lihatlah pemandangan malam bandar Pulau Pinang dengan lampu-lampunya menerangi LAut Andaman. Makan sambil menikmati bunyi ombak dan tiupan bayu laut. Gunakanlah peluang ini untuk mengadakan satu majlis yang boleh di ingati sepanjang hidup.

Dewan Mesyuarat, Kemudahan Sukan dan akses Pantai

Dewan mesyuarat yang indah kami adalah seakan surga Bali. Sama ada untuk mesyuarat perniagaan, aktiviti gereja atau perayaan hari jadi, kami boleh menyesuaikan pakej yang sesuai untuk acara yang anda inginkan. Kemudahan yang berkualiti seperti sistem AV adalah disediakan.

Sebuah gelanggang bola keranjang dengan 1 gelung, di bawah naungan pokok Banyan kami; mempunyai ruang yang luas untuk aktiviti pembinaan pasukan luaran!

Pantai yang menghadap lautan Andaman boleh digunakan untuk aktiviti pembinaan pasukan yang lebih kasar atau lebih 'Spartan'. Ketersediaan pantai, bagaimanapun, bergantung pada air pasang.

Floating gardens
Meeting facilities

WiFi Percuma

Wifi percuma disediakan di seluruh resort dan di dalam bilik

Pengemasan Harian

Pengemasan harian untuk memastikan kebersihan dan keselesaan tetamu. Kami juga menyediakan perkhidmatan dobi atas permintaan.

Servis Makanan Dalam Bilik 

Adakah anda berasa lelah untuk keluar? Beritahu staf kami dan kami boleh mengaturkan makanan untuk anda!

Tempat Letak Kenderaan Percuma

Tempat letak kereta percuma untuk semua tetamu

Taxi/Grab

Hanya beritahu kami di mana dan bila - kami akan aturkan selebihnya

Pusat Kegiatan Sukan Air

Pusat ini terletak di sebelah resort kami, menawarkan pelbagai aktiviti sukan air termasuk berkayak dan bot naga.

bottom of page